HomeUtamaPelitup muka di tempat tertutup tidak diwajibkan, Sabah terima pakai keputusan KKM

Pelitup muka di tempat tertutup tidak diwajibkan, Sabah terima pakai keputusan KKM

Read Time:1 Minute, 36 Second

KOTA KINABALU : Pemakaian pelitup muka tidak lagi diwajibkan di dalam bangunan dan ia menjadi pilihan namun masih diwajibkan bagi individu bergejala dan disahkan positif COVID-19.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, protokol baharu itu akan berkuat kuasa serta merta bermula semalam.

Katanya, ini adalah berdasarkan kepada penilaian situasi semasa COVID-19 serta mengambil kira keperluan semasa.

“Walau bagaimanapun pemilik premis boleh menentukan sama ada pengunjung wajib memakai pelitup muka atau boleh memilih untuk memakai pelitup muka.  Selain itu orang ramai amat digalakkan memakai pelitup muka kerana ia terbukti mampu mengurangkan penularan jangkitan.

“Pelitup muka juga masih diwajibkan bagi situasi bagi individu yang menaiki pengangkutan awam selain bagi mereka yang berada di fasiliti kesihatan seperti hospital, klinik, rumah penjagaan dan yang berkaitan,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Khairy berkata, KKM juga menggalakkan agar pemakaian pelitup muka terus diamalkan ketika berada di kawasan orang ramai, kompleks beli belah dan rumah ibadah.

Katanya, individu bergejala seperti demam, batuk dan selsema juga amat digalakkan untuk memakai pelitup muka.

“Selain itu, bagi individu berisiko tinggi seperti warga tua, orang dengan penyakit kronik serta mereka yang imuniti rendah juga digalakkan untuk terus memakai pelitup muka,” katanya.

Menurutnya, KKM akan terus memantau situasi COVID-19 di dalam dan luar negara selain memastikan kesiapsiagaan perkhidmatan kesihatan berada dalam keadaan yang optima bagi memastikan kesejahteraan rakyat dalam menghadapi COVID-19.

Dalam pada itu, Kerajaan Sabah juga turut menerima pakai keputusan KKM yang tidak lagi mewajibkan pemakaian pelitup muka di kawasan tertutup termasuk dalam bangunan.

“Ya, masih sama dengan keputusan KKM,” kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun.

Bermula 1 Mei lalu, KKM mengumumkan kelonggaran pemakaian pelitup muka apabila ia tidak lagi diwajibkan di luar bangunan dan kawasan terbuka, namun pelitup muka masih wajib dipakai apabila berada di dalam bangunan dan pengangkutan awam termasuk e-hailing.

Penguatkuasaan pemakaian pelitup muka adalah berdasarkan peruntukan dalam Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

RELATED ARTICLES
PendapatUtama

Implikasi dan Cabaran Malaysia Sebagai Pasaran Pusat Data Ketiga Terbesar Asia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular