HomeSukanPemain legenda bola sepak negara bakal temui peminat di Kejohanan Pesta Bola...

Pemain legenda bola sepak negara bakal temui peminat di Kejohanan Pesta Bola Merdeka Sabah, Piala SMJ

Read Time:1 Minute, 27 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Kejohanan Pesta Bola Merdeka Sabah Piala SMJ menampilkan pemain-pemain legenda bola sepak negara yang bakal beraksi dan menemui peminat pada 16 hingga 18 September ini.

Temasya kejohanan sempena Hari Malaysia itu anjuran bersama Jabatan Ketua Menteri dan Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) akan berlangsung di Stadium Likas yang bakal dirasmikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Pada kejohanan itu lapan pasukan akan menyertai antaranya dua pasukan dari Negeri Sabah dan masing-masing satu pasukan dari Negeri Johor, Selangor dan Sarawak

Selain itu, kejohanan turut disertai pasukan dari tiga negara Asean seperti Indonesia, Singapura dan Brunei Darussalam.

Pengerusi Penganjur Bersama Kejohanan, Datuk Peter Anthony berkata, kejohanan besar yang menawarkan hadiah keseluruhan sebanyak RM358,000 itu adalah pertama kali dianjurkan di Sabah.

“Kejohanan membabitkan pemain veteran campuran itu akan memberi peluang kepada peminat sukan bola sepak untuk menyaksikan pemain bintang yang pernah beraksi dalam perlawanan bola sepak dalam dan luar negara.

“Setakat ini, semua pasukan terlibat sudah mengesahkan penyertaan dan menghantar senarai pemain mereka.

“Antara yang menarik perhatian adalah seperti pemain Fandi Ahmad dari Singapura, Matlan Marjan, Jelius Ating dan Burhan Ajui serta beberapa lagi pemain bertaraf bintang satu ketika dahulu,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat JawatanKuasa Kejohanan di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Kejohanan Bersama Datuk Abdul Kassim Razali dan barisan jawatankuasa kejohanan Piala SMJ.

Peter berkata, juara bagi kejohanan berkenaan akan menerima hadiah bernilai RM120,000, manakala tempat kedua serta ketiga masing-masing akan menerima hadiah sebanyak RM70,000 dan RM50,000.

Menurutnya, proses undian akan dijalankan pada minggu hadapan dan perlawanan pertama akan diadakan pada 16 September ini di Stadium Likas, di sini.

“Peminat yang ingin menyaksikan secara langsung boleh hadir ke Stadium Likas dan kemasukan adalah percuma,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

KePKAS lulus peruntukan RM90,000 baik pulih Dewan Tadika Chung Hwa Penampang

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular