HomeEkonomiPENGASAH mahu tarik pelabur majukan industri perikanan

PENGASAH mahu tarik pelabur majukan industri perikanan

Read Time:1 Minute, 21 Second

KOTA KINABALU : Persatuan Nelayan Negeri Sabah (PENGASAH) yakin mampu menarik lebih banyak pelabur dari China dan Korea bagi tujuan perikanan laut dalam.

Pengerusi PENGASAH Datuk Dr. Arsit Sedi berkata, pihaknya akan membawa cadangan itu bagi mendapat kelulusan dalam mesyuarat agung agar usaha itu dapat diangkat sebagai satu pelaburan yang dinamik.

“Kita sudah berbincang dengan pihak pelabur bahawa kita tidak akan keluarkan peruntukan tetapi akan menyediakan kemudahan yang diperlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Sempena Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-25 PENGASAH di sini, semalam.

Majlis itu dirasmikan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Khaironnesak Omar.

Arsit berkata, pihaknya akan meminta sedikit ‘share’ dari pelabur yang bertujuan bagi meneroka khazanah lautan dalam apabila kemudahan disediakan kelak.

Katanya, sehingga kini hanya 52 syarikat dibenarkan untuk melakukan aktiviti tangkapan ikan laut dalam.

“31 syarikat adalah dimiliki pengusaha Vietnam dan bakinya adalah dari negeri ini. Oleh itu, adalah wajar untuk kita membawa pelaburan dari China dengan mengenakan peraturan yang ketat.

“Mereka wajib menjaga kepentingan kebajikan nelayan persisir pantai dan mengamalkan tangkapan terkawal.

“Saya berharap pelabur bukan sahaja memainkan peranan utama membangunkan ekonomi Sabah tetapi mewujudkan peluang perniagaan serta pekerjaan yang boleh membantu Persatuan Nelayan Kawasan dalam negeri ini,” katanya.

Beliau berkata, pelabur ini hanya akan meneroka di kawasan perairan antarabangsa, apa juga tangkapan mereka, hasil berkenaan akan dibawa balik ke Sabah dan diproses di negeri ini sebelum dieksport semula ke negara berkaitan.

Katanya, usaha seumpamanya secara tidak langsung akan mencipta peluang kepada kerajaan negeri untuk mengutip pendapatan.

Hadir sama ialah Ahli Lembaga Pengarah Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) Datuk Mohamad Dolmat dan Pengarah LKIM Sabah Jamil Abdullah.

RELATED ARTICLES
Utama

Malaysia: Rakyat Derita Kesihatan Mental  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya