Hajiji terima kunjungan dari CEO HSBC Bank Malaysia Berhad

Read Time:32 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pegawai Ekesekutif (CEO) HSBC Bank Malaysia Berhad, Dato’ Omar Siddiq Amin Noer Rashid di pejabatnya di Menara Kinabalu, hari ini.

Omar Siddiq yang dilahirkan di Sandakan, Sabah merupakan individu pertama warga negara Malaysia yang dilantik memegang jawatan itu.

Sementara itu, Hajiji turut menerima kunjungan hormat persaraan daripada Setiausaha Persekutuan Sabah, Dato’ Sarul Bahiyah Abu.

Hajiji bagi pihak Kerajaan Negeri merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Sarul Bahiyah di atas sumbangan dan jasanya selama berkhidmat di Sabah.

Sarul Bahiyah yang dilantik ke jawatan itu pada 21 Februari 2022 akan bersara wajib pada 11 September 2022.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.