Read Time:24 Second
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menghadiri Majlis Tahlil dan Doa Selamat sempena Hari Jadi Rasmi Ke-69 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah di Masjid Nurul Hikmah, Bukit Padang di sini pada Jumaat.
Majlis itu turut dihadiri Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.
Hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Kadzim M Yahya; Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Arifin Mohd Arif dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong.