HomeUtamaPuteri USIA ditubuhkan sebagai langkah proaktif meremajakan pertubuhan

Puteri USIA ditubuhkan sebagai langkah proaktif meremajakan pertubuhan

Read Time:1 Minute, 56 Second

KOTA KINABALU: Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) akan menubuhkan Puteri USIA sebagai satu langkah proaktif untuk meremajakan pertubuhan itu.

Yang Dipertua USIA Datuk Sapawi Ahmad berkata, pada ketika ini Belia dan Wanita USIA telah berperanan dengan baik membantu kepimpinan dalam pelbagai tanggungjawab.

“Kita dalam gerakan USIA ini, kita tertumpu kepada Belia dan Wanita.  Justeru saya mencadangkan untuk menubuhkan Puteri USIA sebagai satu langkah proaktif untuk meremajakan USIA.

“Hari ini kita lihat golongan remaja lebih mahir dari segi era digital, maka kita perlu melibatkan golongan muda, belia dan beliawanis.  Tetapi apa bentuk puteri itu kita serahkan kepada Wanita dan Majlis Tertinggi USIA,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Pelancaran Pelan Strategik Pembugaran USIA 2022-2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini.

Majlis pelancaran disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan diwakili Menteri Tugas-Tugas Khas dan Penyelaran Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif.

Terdahulu ketika berucap, Sapawi berkata, USIA terus berperanan sebagai pelengkap kepada inisiatif dan sumbangan Institusi-institusi agama Islam di Sabah khususnya dalam memenuhi kehendak dan tuntutan untuk membangun dan mensejahterakan ummah pada era yang mencabar ini,

Katanya, USIA juga turut prihatin dan sentiasa memberikan sokongan kepada Kerajaan sedia ada khusunya terhadap pelaksanaan program-program yang boleh membawa kepada kesejahteraan dan kemakmuran rakyat keseluruhannya.

“USIA yakin program-program seperti ini berupaya menyuntik semangat dalam kalangan rakyat khasnya anak-anak muda untuk sentiasa bersama dengan kepimpinan demi Negeri tercinta.

“Saya serta seluruh kepimpinan USIA berpendapat, usaha murni Kerajaan melalui halatuju yang hendak dicapai Sabah Maju Jaya sangat penting untuk disokong dan didokong sepenuhnya demi melahirkan sebuah masyarakat madani dan berdaya saing,” katanya.

Dalam pada itu, Sapawi berkata, strategi utama untuk memulihkan imej USIA adalah dengan mengindahkan semula Bangunan Lama USIA di Sembulan.

Katanya, bangunan itu dahulunya, sarat dengan sejarah dan pahit maung perjuangan dan kejayaan USIA.

“Dari bangunan inilah juga, terpancarnya sinar kegemilangan USIA yang merentasi seluruh pelosok Negeri Sabah. Oleh itu, maka kami bertekad untuk mempastikan sinar kejayaan USIA, akan sekali lagi bermula dari bangunan lama milik USIA ini.

“Insya-Allah dalam masa terdekat kerja-kerja mengindahkan semula bangunan ini akan dimulakan. Ucapan penghargaan dan setinggi terima kasih kami sanmpaikan kepada Yang Amat Berhormat Datuk Seri Hajiji, yang begitu prihatin dan memahami hasrat Para Pemimpin dan Ahli-Ahli USIA ,untuk melihat Pertubuhan ini kekal relevan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

ADUN Kiulu wujud Tabung Keusahawanan & Kepimpinan Belia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular