HomeUtamaMetMalaysia keluarkan nasihat taufan Nesat

MetMalaysia keluarkan nasihat taufan Nesat

Read Time:27 Second

BERNAMA

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan nasihat mengenai Taufan Nesat yang kini berada kira-kira 1,328 kilometer (km) ke barat laut Kudat, Sabah.

Dalam kenyataan hari ini, MetMalaysia memaklumkan taufan itu berada di kedudukan 380 km ke timur Hainan, China.

Menurut jabatan itu berdasarkan pemerhatian pada 8 pagi ini, taufan itu bergerak ke barat barat daya dengan kelajuan 15 km/jam dan boleh mencapai kelajuan maksimum 139km/jam.

“Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Laut China Selatan,” menurut kenyataan itu.– BERNAMA

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan curi kabel punca gangguan bekalan di Kinarut

Mahkamah Kota Kinabalu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular