HomeUtamaRUU Anti Lompat Parti dijangka dibentang selepas PRU15 - Hajiji

RUU Anti Lompat Parti dijangka dibentang selepas PRU15 – Hajiji

Read Time:1 Minute, 21 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata akan membentangkan usul Rang Undang Undang (RUU) Anti Lompat Parti ke sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) dijangka selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

“In sha Allah kita akan perkenalkan atay.bawa ke persidangan DUN nanti. Ini bergantung kepada sokongan daripada pihak pembangkang sebab kita mesti mendapatkan 2/3 majoriti untuk meluluskan perlembagaan Rang Undang Undang ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Jasamu Dikenang Pesara Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Tahun 2022 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), pada hari ini.

“Kita akan bersidang mungkin hujung bulan November ini selepas Pilihan Raya Umum ke-15,” ujarnya.

Ditanya mengenai status terbaharu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandau Wetrom Bahanda dilaporkan keluar dari Bersatu dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk menyokong Parti Warisan (WARISAN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Hajiji yang juga Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Sabah berkata, pada masa ini beliau belum dapat pengumuman rasmi daripada Wetrom.

“Kamu tunggulah? Saya pun tidak tahu yang satu ini lompat atau tidak, kita belum lagi ada lagi pengumuman rasmi daripada beliau,” katanya.

Baru-baru ini, tular di media sosial selepas ADUN Bandau keluar parti, empat lagi ADUN GRS dilaporkan beralih angin untuk menyokong Parti Warisan (WARISAN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Antaranya ialah ADUN Pitas Datuk Ruddy Awah: Datuk Masiung Banah (Tongod); Datuk Rubin Balang (Kemabong) dan Datuk Ghani Mohamed Yassin (Nabawan).

Sementara itu, Setiausaha Agung GRS Datuk Seri Masidi Manjun menerusi aplikasi Whatsapp kepada Sabah Media semalam menyatakan semua ADUN GRS termasuk Bersatu tetap menyokong GRS dan kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular