DPSIPT galak pelajar IPT terlibat dalam pelbagai aktiviti sukan

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 57 Second

KOTA KINABALU : Keterlibatan pelajar universiti dalam bidang sukan merupakan sebahagian daripada usaha membangunkan sahsiah pelajar serta memupuk semangat berpasukan dalam menghadapi cabaran dimasa hadapan.

Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) Prof Datuk Dr. Kasim Mohd Mansur berkata, Dasar Pembangunan Sukan Institusi Pengajian Tinggi (DPSIPT) telah digariskan bagi menggalakkan penglibatan pelajar dalam apa jua aktiviti sukan.

Katanya, dasar itu juga akan dapat mewujudkan budaya bersukan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) ke arah memperkasakan modal insan yang seimbang serta berkualiti dari segi akademik dan sukan.

“UMS sentiasa berusaha merancang dan meningkatkan kemudahan sukan sedia ada bagi meningkatkan kebolehcapaian dan ketersediaan tempat latihan untuk kegunaan semua pelajar dan juga kakitangan UMS.

“Untuk makluman semua kita mempunyai Padang Bola Sepak Rumput Tiruan Yang bertaraf satu bintang FIFA di UMS dan Bertaraf Antarabangsa selain Stadium BolaSepak yang diiktiraf Oleh Persatuan Kebangsaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Riadah dan Kebudayaan Minggu Suai Mesra (MSM) 2022 di Stadium UMS di sini baru-baru ini.

Dr Kasim berkata, pihaknya turut berbangga dengan pencapaian atlet UMS melibatkan pelajar dan kakitangan yang telah mewakili Malaysia ke Sukan Sea di Vietnam dan sukan Asean Universiti Games dan Sukan IPT (SUKIPT).

Antaranya ialah pelajar Eizlan Dahalan yang memperolehi pingat Gangsa Sukan SEA, Vietnam 2022 dalam acara Lompat Tinggi dan Pingat Emas dan memecahkan Rekod SUKIPT bagi tersebut.

Selain itu, Dr Kasim berkata, UMS juga dinobatkan sebagai Ratu Pecut SUKIPT dalam acara 100m/200m Wanita melalui atlet Aisyah Rofina Aling.

“Selain itu, UMS juga merupakan pemenang pingat emas acara 400M wanita melalui Chelsea Cassiopea dalam Sukan IPT SUKIPT 2022.

“Kita juga amat berbangga dengan pencapaian pingat Gangsa untuk Sukan Futsal SEA GAMES 2022 , Vietnam yang diperolehi oleh empat kakitangan UMS iaitu Masturah Majid; Sherilyn Elly Pius; Usliza Usman dan Haindee Mosroh,” katanya.

Sementara itu, Dr Kasim berkata, UMS menerusi Pusat Sukan UMS sentiasa merancang aktiviti yang dapat membantu pelajar untuk terus bergiat dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Katanya, bagi mengalakkan dan menyokong hasrat itu pihak Pusat Sukan UMS telah melaksanakan program dan menyediakan kemudahan Sukan secara percuma.

“Antaranya ‘Ladies Sports Night’ yang diadakan setiap hari Rabu khas untuk pelajar wanita sahaja.

“Selain itu, peminjaman basikal Secara percuma di Pusat Sukan dimana pelajar hanya mengisi borang sahaja serta pelbagai kemudahan sukan yang terbaik dan bertaraf antarabangsa untuk digunakan setiap hari dan sentiasa menambahbaik fasiliti dari masa ke semasa,” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *