HomeUtamaSAPP gesa pihak berkuasa siasat lonjakan jumlah pengundi secara drastik di Sabah

SAPP gesa pihak berkuasa siasat lonjakan jumlah pengundi secara drastik di Sabah

Read Time:1 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU: Parti Maju Sabah (SAPP) menggesa pihak berkuasa melancarkan siasatan terhadap lonjakan jumlah pengundi secara mendadak di Negeri Sabah.

Ini susulan jumlah daftar pemilih terbaru yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), mendedahkan peningkatan sebanyak 53.9% (atau 574,120) dalam pengundi baharu, daripada 1,064,686 pada 2008 kepada 1,638,806 pada 2022.

Presiden SAPP Datuk Seri Yong Teck Lee mendakwa lonjakan itu mungkin disebabkan oleh bilangan pengundi yang “meragukan” yang tinggi yang berpunca daripada skandal “Projek IC”.

Katanya, statistik Suruhanjaya Pilihan Raya mendedahkan bahawa sebahagian besar kenaikan itu bukan disebabkan Undi18 tetapi berlaku antara 2018 dan 2020 semasa Kerajaan Warisan.

“Saya masih ingat insiden kebakaran tidak kurang 20 penempatan setinggan di seluruh Sabah dalam tempoh enam bulan Warisan dan sekutunya mengambil alih Kerajaan Negeri Sabah.

“Saya juga teringat kerajaan Warisan memberitahu dunia bahawa setinggan yang kehilangan rumah mereka dalam kebakaran akan diberikan tanah dan dokumen pengenalan diri mereka diganti. Tertanya-tanya adakah sebahagian besar peningkatan pengundi ada kaitan dengan kejadian kebakaran di penempatan setinggan?,” Jelas Yong dalam kenyataannya semalam.

Menurutnya, sehingga hari ini, tiada penjelasan rasmi mengenai kejadian kebakaran di kawasan penempatan setinggan.

“Adalah mustahil jumlah pengundi meningkat begitu tinggi kerana Sabah dilanda pandemik Covid-19 dari Mac 2020 sehingga sekarang dan ditambah lagi sekatan berpanjangan iaitu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada ketika itu,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Pendidikan berlandaskan Al-Quran teras lahir modal insan perkasa bangsa, negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya