HomeUtamaUMS sedia beri pelepasan pelajar pulang mengundi pada PRU15

UMS sedia beri pelepasan pelajar pulang mengundi pada PRU15

Read Time:1 Minute, 10 Second

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) bersedia untuk memberi pelepasan khas kepada para pelajar untuk pulang mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Naib Canselor, Prof. Datuk Kasim Mansor berkata, UMS menggalakkan kesemua pelajar untuk menunaikan tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia sekali gus membolehkan kadar pengundian meningkat.

“Walau bagaimanapun, masih belum ada perbincangan berkaitan kemudahan pengangkutan dan logistik pada ketika ini apatah lagi ia memerlukan kos yang tinggi hingga mencecah jutaan ringgit.

“Namun, kita bersedia memberi ruang atau cuti kepada mereka untuk balik mengundi di kawasan masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian ditemui media selepas sesi kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu, di sini, pada Rabu.

Hadir sama Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Prof. Dr. Rasid Mail, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Madya Dr. Raman Noordin, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Ir. Dr. Rosalam Sarbatly dan Pendaftar, Luqman Ridha Anwar.

Menurut Kasim, UMS juga sentiasa bersedia memberi pandangan yang bersifat akademik melalui pakar-pakar yang sedia ada berhubung situasi semasa menjelang PRU15.

“Sebagai institusi pengajian tinggi, kita memberi pandangan berdasarkan analisis ilmiah dan berprinsip tanpa menyebelahi mana-mana pihak,” katanya.

Pada kunjungan tersebut, Kasim turut memaklumkan Tun Juhar berkenaan pendaftaran pelajar baharu selain menjemput Tun Juhar hadir ke Majlis Anugerah Penyelidik UMS pada Khamis depan dan Majlis Konvokesyen Kali Ke-24 pada 10 – 12 Disember 2022.

RELATED ARTICLES
Utama

Nashraff, Nadirah dinobatkan johan qari dan qariah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya