HomeUtamaBerang kerana berebut tempat duduk, remaja maut ditikam kakak

Berang kerana berebut tempat duduk, remaja maut ditikam kakak

Read Time:45 Second

ISKANDAR PUTERI: Remaja lelaki maut, dipercayai ditikam kakaknya selepas berebut tempat duduk di dalam kereta ketika pulang sekolah.

Memetik laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin, berkata perselisihan faham dua beradik berlarutan selepas tiba di rumah mereka di Ulu Pulai, Ulu Choh, hari ini.

Katanya, polis menerima panggilan berkaitan kejadian itu pada 2.15 petang tadi yang melaporkan mangsa maut ditikam.

Berita terkini setiap pagiDapatkan Berita Pilihan
Berita Harian dalam e-mel anda

Beliau berkata, ibu mangsa mendakwa mangsa berusia 16 tahun bertengkar dengan kakaknya berusia 18 tahun, kerana berebut tempat duduk dalam kereta.

Katanya, kakak mangsa berang selepas dipersenda ketika masuk ke dalam rumah.

“Mangsa disahkan meninggal dunia pada 2.30 petang hari ini.

“Bedah siasat akan dijalankan esok di Hospital Sultanah Aminah dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Beliau berkata, suspek ditahan dan perintah tahanan reman akan dilakukan esok.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : Aktiviti Pendataan Digital pendatang asing masih dilaksanakan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya