HomeUtamaKetua Menteri terima kunjungan MD/CEO baharu SOGDC

Ketua Menteri terima kunjungan MD/CEO baharu SOGDC

Read Time:29 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif (MD/CEO) baharu, Perbadanan Kemajuan Minyak dan Gas Sabah (SOGDC) Datuk Harun Ismail di Menara Kinabalu di sini hari ini.

Harun dilantik ke jawatan baharu itu pada 15 Sept selepas berkhidmat selama 39 tahun di Sabah Energy Corporation Sdn Bhd (SEC).

Memegang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam (Kepujian) dari Universiti Malaya, Harun adalah Ketua Pegawai Eksekutif SEC selama 12 tahun.

Dalam pertemuan itu, Harun berbincang dengan Ketua Menteri antara isu lain mengenai minyak dan gas di negeri ini.

RELATED ARTICLES
Utama

Sistem air minuman secara mudah alih, berkuasa solar berjaya dibangunkan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular