HomeUtama'Perang Poster' Parlimen Ranau meriah

‘Perang Poster’ Parlimen Ranau meriah

Read Time:1 Minute, 12 Second

RANAU: Tinjauan media sekitar pekan Ranau sempena dengan kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) turut ceria dengan panorama pelbagai jenis, saiz dan poster, bendera serta kain rentang yang dipasang para petugas parti masing-masing.

Perang Poster…kelihatan pelbagai bahan kempen calon parti- parti bertanding dipasang di sekitar pekan Ranau.

Apa yang menariknya di pekan Ranau dan sekitarnya tidak ada berlaku sebarang sabotaj poster (merosakkan poster) dikalangan calon bertanding malah semuanya memahami maksud apa itu amalan demokrasi di negara ini.

Para pengunjung yang datang ke daerah ini juga akan dapat menyaksikan poster dan wajah-wajah calon bertanding seakan ‘Perang  Poster’ diserikan lagi berlatar belakangkan  keindahan Gunung Kinabalu yang menjadi tarikan pelancong ditambah dengan kreativiti para petugas memasang poster calon mereka di tempat-tempat strategik.

Bagaimanapun pemasangan poster dan bendera di sepanjang tepi-tepi jalan itu tidak menghalang pandangan lalu-lintas atau pengguna jalanraya lain.

Di Parlimen Ranau pertarungan lima penjuru memaparkan poster wajah-wajah calon yang bertanding iaitu, Datuk Jonathan Yasin (GRS) Thaufek Dahlan (PH), Datuk Ewon Ebin (PBRS), Markos Situn (Warisan) dan Azizul Julirin (Pejuang).

Kelima-lima calon akan berentap merebut jumlah undi warga Ranau yang layak mengundi termasuk pengundi muda (18-21 tahun) yang keputusanya akan diketahui pada 19 November kelak.

Ketika ini para calon sibuk menjalankan kempen menerusi perancangan dan kaedah berlandaskan manifesto parti masing-masing bagi meraih sokongan para pengundi Parlimen P.179 Ranau  yang berjumlah 66,349 pemilih.

RELATED ARTICLES
Utama

Perdana Park masih ditutup atas faktor risiko keselamatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular