HomeIsu tempatanPusat media maya PRU15 sumber rujukan pengamal media di Sabah

Pusat media maya PRU15 sumber rujukan pengamal media di Sabah

Read Time:1 Minute, 12 Second

KOTA KINABALU : Pusat Media Maya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) menjadi sumber rujukan pengamal media di seluruh negeri.

Pengarah Penerangan Sabah, Jainisah Mohd Noor berkata, fungsi pusat media berkenaan adalah untuk berkongsi pergerakan calon selain menyampaikan maklumat-maklumat terkini berkaitan dengan PRU15.

“Pusat Media Maya yang berkonsepkan group whatsapp ini menjadi sumber rujukan kepada pengamal media dan menjadi medium perkongsian informasi berkenaan PRU15 seperti pergerakan calon, kenyataan atau siaran media daripada pihak-pihak tertentu dan juga maklumat terkini daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Melalui pusat media maya itu, maklumat dapat disampaikan dengan lebih pantas kepada pengamal media di seluruh negeri,” katanya.

Presiden Persatuan Wartawan Sabah, Datuk Muguntan Vanar berkata, pusat media maya berkenaan sangat membantu para pengamal media memandangkan mereka tidak boleh berada di semua tempat dalam satu masa.

“Maklumat berkenaan pergerakan calon sangat membantu pengamal media untuk mengatur jadual mereka dan saya berharap agar pihak JaPen dapat memberikan maklumat terkini terutama ketika sesi penjumlahan undi pada 19 November nanti,” katanya.

Bagi Ketua Wartawan Daily Express, Hayati Dzulkifli pula, penubuhan pusat media maya tersebut merupakan satu platform yang memberi manfaat kepada pengamal media di Sabah dan seharusnya diteruskan pada masa akan datang.

“Pembukaan pusat media maya adalah satu tindakan bijak kerana menjimatkan masa semua pihak selain wujudnya interaksi dua hala antara penyelaras dan pengamal media serta diharapkan agar lebih banyak maklumat dapat disalurkan,” katanya.

Pusat media kendalian Jabatan Penerangan Negeri (JaPen) Sabah berkenaan mulai beroperasi pada 04 November lalu.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS usaha sebar luas pengetahuan berkaitan HIV AIDS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular