HomeUtama101 ahli Warisan keluar parti, sertai Umno

101 ahli Warisan keluar parti, sertai Umno

Read Time:1 Minute, 14 Second

SANDAKAN : Seramai 101 ahli Warisan Peringkat 5, Rancangan Sungai Manila bertindak keluar parti menyertai Barisan Nasional (BN) dan Umno.

Penyerahan borang keahlian Umno diserahkan kepada calon BN Libaran yang juga Ketua Bahagian Umno Libaran, Datuk Suhaimi Nasir di salah sebuah rumah penduduk di Peringkat 5, Rancangan Sungai Manila di sini pagi tadi.

Bekas ahli warisan Peringkat 5 itu diketuai bersama oleh Rosman Rashid, Hassan Asmat dan Roslan Nanang.

Turut menyaksikan penyerahan borang berkenaan ialah Pengarah Pilihanraya BN Parlimen Libaran merangkap ADUN Sungai Manila Mokran Ingkat, ADUN Sungai Manila, Datuk Mohd Hamsan Awang Supain, mantan Ahli Parlimen Libaran, Datuk Zakaria Mohd Edris, Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Libaran, Datuk Juslie Ajirol dan bekas calon Parti Cinta Sabah DUN Sungai Sibuga, Irwanshah Mustapa.

Terdahulu, Suhaimi mengingatkan pengundi di Libaran agar tidak salah memangkah undi pada 19 November ini dan memilih parti yang telah terbukti mempunyai trek rekod baik.

“Kita semua tahu hanya BN sahaja yang sebelum ini berjaya menyediakan pembangunan, menjaga kebajikan rakyat dan meningkatkan ekonomi negara.

“Kita mahu semua ini diteruskan dan ada kesinambungannya demi masa depan negara yang sejahtera dan lebih terjamin,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengambil perhatian berhubung beberapa isu dan masalah yang dikemukakan oleh penduduk Peringkat 5.

Ia termasuk isu jalan raya dan kebajikan penduduk yang mana Suhaimi komited mahu mengambil tindakan sewajarnya bagi membela nasib penduduk luar bandar.

“Teruskan memberi sokongan kepada saya dan BN agar isu penduduk di Libaran termasuk di Peringkat 5 ini akan saya bawa ke peringkat persekutuan,” jelasnya.

RELATED ARTICLES
Utama

Empat wanita warga Filipina mangsa pemerdagangan manusia berjaya diselamatkan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya