HomeUtamaHari Pembuangan Undi PRU15 Parlimen Sabah berjalan lancar - PDRM

Hari Pembuangan Undi PRU15 Parlimen Sabah berjalan lancar – PDRM

Read Time:45 Second

KOTA KINABALU: Hari Pembuangan Undi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bagi kerusi Parlmen Sabah telah berjalan dengan lancar tanpa insiden yang tidak diingini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah berkata, laporan semasa proses pembuangan undi PRU15 bagi kerusi Parlimen Sabah berjalan lancar tanpa sebarang insiden berlaku, walaupun terdapat kelewatan penghantaran pergi dan balik peti undi ke pusat pengundian disebabkan oleh banjir dan cuaca yang tidak baik dan kesukaran penggunaan helikopter namun semuanya berjaya diatasi dengan baik dan sempurna.

“Bagaimanapun sepanjang tempoh berkempen sehingga hari pembuangan undi, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sabah menerima sebanyak 133 laporan polis dan 40 kertas siasatan telah dibuka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Idris bagi pihak PDRM sabah merakamkan ucapan terima kasih di atas bantuan dan kerjasama yang diberikan oleh pihak media, agensi-agensi kerajaan dan semua pihak secara langsung atau tidak langsung dalam membantu proses Pilihan Raya Umum ke-15 berjalan dengan baik dan lancar.

RELATED ARTICLES
Utama

Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam nahas pesawat di Kazakhstan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular