HomeUtamaPRU15 : BN berkecuali, tidak sokong mana-mana gabungan bentuk Kerajaan

PRU15 : BN berkecuali, tidak sokong mana-mana gabungan bentuk Kerajaan

Read Time:27 Second

KOTA KINABALU : Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk Kerajaan.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu hantaran di Twitter rasminya hari ini memaklumkan bahawa BN tidak menyokong Pakatan Harapan (PH) mahupun Perikatan Nasional (PN).

“Setakat ini BN bersetuju kekal sebagai pembangkang,” katanya.

Dewan tertinggi BN hari ini memutuskan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan atau calon Perdana Menteri yang baharu.

Perkara tersebut diputuskan selepas mengadakan mesyuarat membabitkan parti komponen BN termasuk MCA dan MIC di sini hari ini. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Mangsa samun ditetak, patah tulang, luka lengan kanan dan kiri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya