HomeUtamaPencerobohan habibat, kurang sumber makanan antara punca buaya ke kawasan pantai

Pencerobohan habibat, kurang sumber makanan antara punca buaya ke kawasan pantai

Read Time:1 Minute, 34 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

LAHAD DATU : Pencerobohan habibat dan kekurangan sumber makanan menjadi antara punca kehadiran buaya ‘berpindah’ ke kawasan pantai berhampiran.

Pegawai Jabatan Hidupan Liar (JHL) Lahad Datu Sylvester Saimin berkata, berdasarkan kajian pihaknya sebelum ini telah menemui sebanyak 80 pasang mata buaya di kawasan Sungai Silabukan yang tidak jauh dari Pekan Lahad Datu.

Katanya, kajian itu telah dijalankan pihaknya pada waktu malam dalam jarak lebih kurang satu kilometer.

Pegawai Jabatan Hidupan Liar (JHL) Lahad Datu Sylvester Saimin

“Biasanya buaya ini tidak semestinya di air tawar sahaja, buaya juga boleh hidup di air laut dan kehadiran buaya di perairan Lahad Datu ini disebabkan pencerobohan habitat kemudian sumber makanan yang berkurangan di tempat asalnya. 

“Berdasarkan kajian yang dilakukan di Sungai Silabukan yang tidak jauh daripada pekan Lahad Datu mendapati dalam jarak kurang satu kilometer pihak hidupan liar menemui 80 pasang mata buaya dalam kajian yang dijalankan pada waktu malam,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kejadian seorang kanak-kanak yang maut dibaham buaya sewaktu beraktiviti di kawasan laut di Lahad Datu di sini semalam.

Sylvester berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mencari mayat dan buaya yang menyerang kanak kanak itu semalam masih giat dijalankan.

Katanya, antara usaha pihak JHL dalam menangani masalah buaya ini adalah dengan memasang perangkap dan langkah yang biasanya diambil adalah dengan menembak sehingga mati bagi mengelakkan daripada kepanikan dan menggangu ketenteraman awam.

“Buaya yang menyerang kanak kanak itu kelmarin sehingga sekarang ini berdasarkan maklumat pasukan yang berada di lapangan masih belum dijumpai dan operasi SAR ini melibatkan Jabatan Bomba, Marin dan Jabatan Hidupan Liar dalam pencarian mayat mangsa kanak kanak itu. 

“Usaha pihak jabatan pada peringkat ini adalah dengan menjalankan pemantauan terhadap buaya itu dan kalau sesuai untuk diperangkap kita akan perangkap, dan langkah yang biasanya diambil adalah tembak dan mati untuk mengelakkan kepanikan ataupun mengganggu ketenteraman awam,” katanya. – SABAH MEDIA / FS

RELATED ARTICLES
PolitikUtama

Parti STAR yakin 100% guna logo GRS pada PRN17 – Dr...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular