HomeUtamaPemeriksaan Imigresen pandu lalu sepenuhnya di Terminal feri Labuan bermula hari ini

Pemeriksaan Imigresen pandu lalu sepenuhnya di Terminal feri Labuan bermula hari ini

Read Time:1 Minute, 59 Second

BERNAMA
Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

LABUAN: Pemeriksaan imigresen di terminal feri Labuan ro-ro (roll on-roll off) yang hangat diperkatakan akan dijalankan melalui konsep pandu lalu sepenuhnya bermula hari ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan (PL) Rithuan Ismail.

Beliau berkata ini selaras dengan kenyataan bersama yang dikeluarkan beliau dan Jabatan Imigresen Labuan pada 24 Nov lepas bahawa konsep itu akan memudahkan proses kemasukan penumpang ke feri.

Pegawai Imigresen ketika melakukan pemeriksaan dokumen di kios pandu lalu – PIC BES Labuan

“Kami akan berpegang kepada keputusan kami bahawa konsep pandu lalu akan dilakukan sepenuhnya tanpa perlu meminta pemandu dan penumpang keluar dari kenderaan untuk pemeriksaan dokumen perjalanan.

“Kami melakukan yang terbaik untuk memudahkan dan menyediakan perkhidmatan yang selesa kepada pengembara yang melalui terminal feri ro-ro Labuan, kami memahami rungutan rakyat sejak dasar baharu ini dilaksanakan,” katanya kepada Bernama di sini semalam.

Rithuan berkata demikian bagi menjelaskan isu pemeriksaan imigresen secara pandu lalu di terminal feri itu tidak dilakukan sepenuhnya kerana pemandu dan penumpang perlu keluar ke kaunter imigresen untuk pemeriksaan dokumen.

Kios pemeriksaan pandu lalu Jabatan Imigresen – PIC BES Labuan

Antara mesej yang tular dalam pelbagai platform media sosial ialah kaedah pandu lalu itu hanya untuk pemandu, wanita hamil, kanak-kanak berusia bawah dua tahun, Orang Kurang Upaya (OKU) dan warga emas.

Rithuan berkata kakitangan imigresen di terminal telah melakukan ujian untuk pemeriksaan pandu lalu pada Jumaat lepas, namun operasinya kelihatan tidak lancar seperti dikehendaki.

“Mereka mendapati operasi pandu lalu agak sukar, dengan penumpang dan pemandu tidak menyediakan dokumen perjalanan mereka dengan awal (seperti kad pengenalan) untuk pemeriksaan imigresen menyebabkan proses (pandu lalu) menjadi perlahan,” katanya.

Justeru, beliau mengingatkan pengembara supaya menyediakan lebih awal dokumen perjalanan yang sah sebelum menghampiri kios imigresen pandu lalu di terminal supaya proses aliran keluar pengembara ke feri lebih lancar.

Pada 10 Sept lepas, Kementerian Dalam Negeri mengarahkan Jabatan Imigresen untuk melaksanakan kawalan lebih ketat di dua terminal feri Labuan, terutama untuk pengembara bukan Sabah yang menuju ke tanah besar Sabah.

Bekas menteri itu Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata kawalan ketat itu diperlukan bagi memastikan tiada aliran bebas pengembara di pintu utama terminal feri ke tanah besar Sabah melalui jeti Tanjung Pagar Sipitang, Menumbok dan Jesselton.

Pemeriksaan imigresen lebih ketat di terminal itu adalah atas permintaan kerajaan Sabah kerana terdapat dakwaan mengenai penyalahgunaan dasar aliran bebas di terminal berkenaan yang menyebabkan jumlah kemasukan ke Sabah tidak terkawal. – BERNAMA

RELATED ARTICLES
Utama

Belanjawan Sabah 2025 : Tumpuan Pembangunan Ekonomi, Kesejahteraan Rakyat dan Pelaburan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular