HomeUtamaPolis Terima 4 Laporan Dakwaan Fasilitator Kem Motivasi Kasari Murid 

Polis Terima 4 Laporan Dakwaan Fasilitator Kem Motivasi Kasari Murid 

Read Time:52 Second

BERNAMA

KUALA LUMPUR – Polis menerima empat laporan daripada ibu bapa murid yang mendakwa anak mereka dikasari ketika menghadiri kem motivasi di Serdang, Selangor baru-baru ini. 

Ketua Polis Daerah Serdang, ACP A. Anbalagan berkata pihaknya menerima laporan pada Selasa lepas berhubung dakwaan murid dikenakan tindakan fizikal seperti disembur dengan air di tengah padang sekolah dengan hanya berseluar dalam, dihukum melakukan ketuk ketampi hanya kerana berbual serta dipukul dengan penyapu. 

Beliau berkata siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001 dan setakat ini tiada tangkapan dibuat. 

“Semua pihak termasuk penganjur kem motivasi akan dipanggil bagi membantu siasatan sebelum kertas siasatan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi Bernama. 

Sebelum ini, sebuah portal berita melaporkan kira-kira 60 murid Tahun Lima yang menghadiri kem dua hari dikendalikan sebuah badan bukan kerajaan, pulang ke rumah dalam keadaan lemah dan menangis selepas menyertai kem motivasi tersebut.

Peserta kem itu turut mendakwa fasilitator berkenaan turut melakukan kekasaran dengan mencekik dan menolak ke dinding serta dipukul dengan penyapu.

RELATED ARTICLES
Utama

22 rumah musnah dalam kebakaran di Batu 3 Sandakan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya