MASwings tawar promosi tambang Jualan Akhir Tahun

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 52 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: MASwings meraikan cuti akhir tahun dengan mempromosikan Jualan Akhir Tahun MASwings menawarkan diskaun tambang penerbangan bermula dari serendah RM138 untuk semua perjalanan sehala dan tersedia untuk direbut mulai sekarang (8 Disember) hingga 31 Disember ini, dengan tempoh perjalanan sehingga 31 Januari 2023.

Ketua Pegawai Operasi MASwings, Kapten Nasaruddin A. Bakar berkata, promosi ini ditawarkan di semua laluan domestik MASwings menggunakan perkhidmatan pesawat ATR 72-500 kecuali Mukah.

“Manfaatkan Jualan Akhir Tahun MASwings yang menarik itu adalah untuk merancang perjalanan dan lawatan ke seluruh Borneo semasa cuti sekolah ini dan musim perayaan.

“Dengan tawaran promo ini, penumpang akan dapat menikmati semua termasuk tambang sehala dari serendah RM138 bagi sektor dari Miri ke Mulu, Sandakan ke Lahad Datu dan Bintulu ke Sibu; daripada RM148 bagi sektor dari Sandakan ke Tawau, Kota Kinabalu ke Labuan dan dari Miri ke Labuan, Bintulu dan Limbang; daripada RM188 bagi sektor Miri ke Sibu dan dari Kota Kinabalu ke Lahad Datu dan Mulu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Nasaruddin lagi, mereka yang membuat perjalanan dari Kuching ke Limbang dan Mulu juga akan menikmati tambang dari serendah RM208; dan semuanya tertakluk kepada ketersediaan tempat duduk.

“MASwings akan terus menjadi syarikat penerbangan pilihan untuk menghubungkan komuniti di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Penumpang kami semasa akhir tahun kebanyakannya mereka mengambil tawaran promosi itu untuk merancang perjalanan mereka dalam melawat keluarga dan rakan-rakan atau untuk meneroka keindahan alam semula jadi terutama dalam Borneo, justeru tawaran kami untuk tambang menarik sehingga akhir tahun ini.

“Kami menggesa pelanggan kami untuk memanfaatkan peluang ini dan merancang perjalanan mereka dengan kami lebih awal. Dengan tawaran hebat ini, kami menjangkakan tempat duduk akan diambil dengan pantas,”katanya.

Beliau turut berkata, semua tiket MASwings pada perkhidmatan ATR termasuk 20kg bagasi daftar masuk dan hidangan ringan.

“Ini adalah sebahagian daripada ketekalan syarikat penerbangan ini dalam menawarkan Hospitaliti Malaysia yang terbaik di samping memastikan keselesaan dan keselamatan semua penumpang sepanjang perjalanan mereka,” tambah Nasaruddin.

Tawaran terkini boleh didapati melalui laman web MASwings / Malaysia Airlines, pejabat tiket dan ejen pelancongan yang dilantik mereka atau melalui Pusat Panggilan 24 jam di nombor bebas tol 1300 88 3000.

Maklumat lanjut mengenai destinasi, tambang dan jadual penerbangan boleh didapati di laman web MASwings www.maswings.com.my.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *