KUALA LUMPUR — Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersanding malam ini dengan wanita pilihan, Datin Seri Fauziah Mohd Sanusi.
Majlis persandingan itu akan dilangsungkan di sebuah hotel sini lapor Berita Harian.
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan beberapa pemimpin kanan negara dijadual hadir.
Gambar perkahwinan pasangan itu tular selepas majlis akad nikah baru-baru ini.
Ini perkahwinan kedua Wan Junaidi selepas kematian isterinya, Datin Seri Norjanah Feona Sim Abdullah, pada Mei lalu.
Wan Junaidi, 77, tidak bertanding di Parlimen Santubong pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi memberi laluan kepada Datuk Seri Nancy Shukri.
Pada perkahwinan terdahulu, Wan Junaidi dikurniakan dengan tiga cahaya mata perempuan.