HomeUtamaMCMC keluar 112 kompaun bernilai lebih RM4 juta bagi tahun 2022

MCMC keluar 112 kompaun bernilai lebih RM4 juta bagi tahun 2022

Read Time:1 Minute, 2 Second

BERNAMA

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengeluarkan 112 kompaun bernilai RM4.696 juta kepada pemegang lesen dan bukan pemegang lesen atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 serta perundangan subsidiari di bawah akta itu dalam tahun ini.

MCMC dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan daripada keseluruhan jumlah itu, sebanyak 106 kompaun telah dikeluarkan kepada pemegang lesen MCMC dengan nilai kompaun sebanyak sebanyak RM4.616 juta.

Kompaun dikeluarkan kepada pemegang lesen meliputi 53 kompaun bagi kegagalan mematuhi rancangan penomboran dan pengalamatan elektronik, kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Pemberian Perkhidmatan Sejagat) 2002 (27 kompaun), kegagalan mematuhi standard mandatori (17 kompaun).

Selain itu, kegagalan mematuhi syarat-syarat lesen (lima kompaun), kegagalan mematuhi Panduan Peraturan Pendaftaran Pengguna Akhir untuk Perkhidmatan Selular Awam Prabayar (dua kompaun), dan menawarkan perkhidmatan tanpa lesen (dua kompaun).

MCMC berkata sebanyak enam kompaun telah dikeluarkan bagi bukan pemegang lesen dengan nilai kompaun sebanyak RM80,000.

Lima kompaun adalah bagi kesalahan di bawah Peraturan 16 (1)(b) Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000 iaitu menggunakan kelengkapan komunikasi yang tidak diperakui dan satu kompaun bagi kesalahan di bawah Seksyen 235 AKM 1998 iaitu menyebabkan kerosakan kepada kemudahan rangkaian.– BERNAMA

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah salur RM23 juta bantu sekolah bukan Kerajaan, persendirian Cina

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya