HomeIsu tempatanWarga emas hilang di hutan, ditemui selamat

Warga emas hilang di hutan, ditemui selamat

Read Time:1 Minute, 6 Second

KOTA BELUD: Seorang warga emas lelaki dilaporkan hilang di hutan sejak jam 3 pagi tadi telah ditemui dalam keadaan selamat.

Mangsa dikenali sebagai Yasap berusia 80 tahun itu di jumpai pasukan Bomba di kawasan hutan kira-kira 300 meter dari jarak rumah mangsa di Kg Bangkahak Nayasan dekat sini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Belud PPgB Muhammad Syazwan Latun berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 9.52 pagi tadi (15 Dis) mengenai kes orang hilang di hutan di Kg Bangkahak Nayasan.

“Menurut pemanggil (anak mangsa) mangsa disedari tiada di rumah pada sekitar jam 3 pagi. Keluarga mangsa dan dibantu penduduk kampung telah berusaha mencari mangsa di sekitar kawasan rumah dan kawasan hutan tetapi belum menjumpai mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

“Sebaik menerima aduan itu, pasukan Bomba bergerak ke lokasi kejadian mengambil maklumat dan seterusnya menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR). Operasi SAR dijalankan pasukan Bomba bersama penduduk kampung di sekitar kawasan hutan berhampiran.

“Mangsa dijumpai pasukan Bomba di kawasan hutan kira-kira 300 meter dari jarak rumah mangsa dalam keadaan selamat dan hanya mengalami cedera ringan luka kecil dan calar-calar di bahagian kaki.

“Pasukan Bomba bertindak memberi rawatan awal kepada mangsa seterusnya di hantar ke hospital menggunakan jentera Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) dan operasi ditamatkan pada jam 12.11 tengahari tadi,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Yayasan Qhazanah Sabah ceriakan pesakit Hospital Sipitang menerusi sumbangan krismas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular