HomeUtama50 kanak-kanak sertai Program Sunathon Peringkat 5 Divisyen

50 kanak-kanak sertai Program Sunathon Peringkat 5 Divisyen

Read Time:1 Minute, 16 Second

PUTATAN: Seramai 50 kanak-kanak warga Kem Lok Kawi menyertai Program Sunathon Peringkat 5 Divisyen bertempat di Dewan Kinabalu Kem Lok Kawi pada hari ini.

Program dimulakan dengan perarakan peserta program bersama keluarga dari Masjid As Salam ke Dewan Kinabalu diiringi dengan paluan kompang.

Perarakan peserta program bersama keluarga dari Masjid As Salam ke Dewan Kinabalu.

Panglima 5 Divisyen Mej Jen Datuk Abdul Rahman A Wahab bersama Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Ir. Shahelmey Yahya menyempurnakan simbolik perasmian dengan acara bersiram bagi memberikan semangat kepada peserta disamping menghidupkan semula budaya dan tradisi yang diamalkan sebelum acara berkhatan dimulakan.

Dalam program itu, Datuk Ir. Shahelmey turut melaksanakan penyampaian Sumbangan Bakul Makanan daripada MYACTIONFUND kepada 45 Warga Kem yang memerlukan.

Shahelmey yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Keramat, amat berbesar hati dapat turut sama menjayakan penganjuran program Sunatahon bersama 5 Divisyen pada tahun ini bagi membantu ibubapa dalam memudah cara proses berkhatan anak-anak mereka.

Seorang peserta program sedang dalam proses berkhatan.

Menurut beliau, ini merupakan kali ketiga penganjuran program berkhatan yang dilaksanakan bersama 5 Divisyen dan kerjasama seperti ini akan diteruskan pada masa akan datang.

Sementara itu, Panglima 5 Divisyen turut berkata bahawa selain memudahkan ibubapa, program ini turut mengurangkan bebanan perbelanjaan proses berkhatan dimana ianya dibuat secara percuma melibatkan petugas kesihatan angkatan tentera.

Program ini melibatkan seramai 15 pegawai serta 31 petugas kesihatan dibawah naungan 5 Divisyen.

Penganjuran Aktiviti ini adalah sejajar dengan Tonggak Kelima Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu Peningkatan Hubungan TD Dengan Awam.

RELATED ARTICLES
Utama

Seks Luar Tabii: Tiga individu lelaki dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun,...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular