HomeIsu tempatanPetugas maut diserang gajah di Taman Hidupan Liar Sabah 

Petugas maut diserang gajah di Taman Hidupan Liar Sabah 

Read Time:52 Second

CYBERJAYA — Seorang petugas di Taman Hidupan Liar, Lok Kawi, Sabah maut akibat diserang gajah pygmy pada 8.30 pagi semalam.

Menurut laporan Harian Metro, lelaki berusia 49 tahun itu yang difahamkan parah di bahagian perut dan dada, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, iaitu kandang pameran gajah.

Ketua Polis Daerah Penampang, Haris Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati mangsa sedang melakukan tugas rutinnya dengan memberi makanan dan membersihkan gajah itu.

“Secara tiba-tiba, seekor gajah dewasa menyerang mangsa ketika memberi rawatan kepada anak gajah yang cedera.

“Akibat serangan itu, mangsa parah di bahagian dada serta perut dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai kesihatan,” katanya dipetik akhbar itu.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Queen Elizabeth I.

Haris berkata, siasatan masih diteruskan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Dalam perkembangan sama, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Jafry Ariffin berkata, pihaknya masih menunggu laporan penuh jabatan berkaitan berhubung kejadian itu.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Augustine Tuuga berkata, beliau tidak boleh mengulas memandangkan polis sedang menyiasat kes itu.

RELATED ARTICLES
Utama

Angin kencang landa Semporna, 35 rumah dan 20 kenderaan terjejas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular