HomeLuar negaraPelakon TV India meninggal dunia di set penggambaran 

Pelakon TV India meninggal dunia di set penggambaran 

Read Time:57 Second

NEW DELHI : Pelakon televisyen (TV) India, Tunisha Sharma ditemukan meninggal dunia di set penggambaran siri lakonannya dekat Vasai, Palghar, semalam.

Ketika kejadian, Tunisha, 20, ke tandas dan tidak kembali ke set dalam masa yang lama. 

Dia kemudiannya disahkan meninggal dunia selepas pintu tandas dipecahkan dan jasadnya ditemui tidak bernyawa.

Inspektor Kanan Kailash Barve dari Balai Polis Valiv memberitahu media India bahawa jasad Tunisha kemudian dikejarkan ke hospital untuk disahkan kematiannya, lapor agensi.

Kailash dilaporkan berkata, pihaknya akan menyiasat kes itu daripada semua sudut termasuk jenayah pembunuhan.

Terdahulu, pada hari sama, Tunisha memuat naik video di Instagram (IG) Story memaparkan dia sedang berada di set penggambaran itu.

Tinjauan ke IG menyaksikan gambar terakhir yang dimuat naik Tunisha dengan kenyataan mengenai sikap tidak pernah berputus asa.

“Mereka yang dipacu oleh minat tidak akan pernah berhenti,” tulisnya.

Ruangan komen hantaran terakhir itu menyaksikan luahan rasa kesedihan serta terkejut dalam kalangan pengikut dan peminat pelakon itu.

Tunisha memulakan karier lakonan menerusi Bharat Ka Veer Putra – Maharana Pratap dan kemudian muncul dalam beberapa karya antaranya Chakravartin Ashoka Samrat; Gabbar Poonchwala; Sher-e-Punjab : Maharaja Ranjit Singh; Internet Wala Love dan Ishq Subhan Allah.

RELATED ARTICLES
Luar negaraSukan

Klopp Berang Dengan Wartawan ?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular