Pelarian Rohingya Mendarat Di Indonesia Selepas Sebulan Terkandas Di Laut 

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:50 Second

BERNAMA

JAKARTA – Berpuluh-puluh pelarian Rohingya mendarat di pesisir pantai Aceh, Indonesia pada Ahad selepas pertubuhan kemanusiaan menuntut agar mereka dibenarkan mendarat selepas terkandas di lautan selama sebulan, lapor dpa.

Agensi berita Antara melaporkan bahawa 57 lelaki Rohingya tiba di pesisir pantai Aceh dan sebahagian daripada mereka dilaporkan sakit.

 Bagaimanapun, tiada laporan mengenai pelarian wanita atau kanak-kanak.

Ketua polis tempatan Rolly Yuiza Away berkata pihak berkuasa masih belum memutuskan sebarang tindakan terhadap pelarian itu, lapor portal berita Detik.com.

UNHCR pada Jumaat mengeluarkan kenyataan menyeru kerajaan serantau menyelamatkan sekurang-kurangnya 190 pelarian Rohingya yang hanyut di antara Laut Andaman dan Teluk Benggala.

Mereka berada di dalam kapal dengan berbekalkan makanan dan air yang sangat sedikit dan 20 orang dilaporkan maut ketika dalam perjalanan, menurut UNHCR.

“Sangat menyedihkan apabila mengetahui bahawa ramai orang telah kehilangan nyawa mereka termasuk kanak-kanak.

“Tahun ini turut menyaksikan jumlah korban antara yang tertinggi di rantau ini,” kata Pengarah UNHCR untuk Asia dan Pasifik, Indrika Ratwatte dalam satu kenyataan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *