HomeUtamaAngka mangsa terjejas banjir, air pasang besar di Sabah terus meningkat

Angka mangsa terjejas banjir, air pasang besar di Sabah terus meningkat

Read Time:1 Minute, 16 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU: Jumlah mangsa banjir dan air pasang besar di Sabah terus mencatatkan peningkatan setakat jam 8 pagi tadi dimana seramai 1,626 mangsa melibatkan 366 ketua isi rumah (KIR) dipindahkan ke 10 buah pusat pemindahan sementara (PPS).

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan, ia membabitkan penduduk daripada empat buah daerah iaitu Pitas, Kota Belud, Kota Kinabalu dan Sandakan.

“Sehingga jam 8 pagi tadi, jumlah mangsa yang terlibat dengan banjir dan air pasang besar di empat buah daerah menunjukkan trend peningkatan.

“Daerah Pitas kekal menjadi daerah yang mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 745 mangsa daripada 171 KIR,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Antara PPS yang dibuka di Pitas ialah Dewan Kampung Mempakad (163 mangsa); Balai Raya Agropolitan Kampung Pinggan-Pinggan (277 mangsa); Dewan Terbuka Kampung Salimpodon (13 mangsa); Gereja SIB Kampung Luntuk (79 mangsa); Dewan Terbuka Kampung Rosob (156 mangsa) dan Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pinggan-Pinggan (57 mangsa).

Di Sandakan pula menjadi daerah kedua tertinggi mencatatkan jumlah mangsa air pasang besar iaitu seramai 684 mangsa melibatkan 122 KIR dan ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Anib 2.

Manakala di Kota Belud, seramai 143 mangsa banjir melibatkan 58 KIR ditempatkan di dua buah PPS iaitu di Dewan SK Pekan (62 mangsa) dan Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hwa (81 mangsa).

“Bagi daerah Kota Kinabalu pula, seramai 54 mangsa melibatkan 15 KIR yang terjejas dengan air pasang besar ditempatkan di PPS Dewan Muhibbah Sembulan,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular