HomeUtamaCOVID-19 : Orang ramai digesa dapatkan dos penggalak kedua, jangan tunggu vaksin...

COVID-19 : Orang ramai digesa dapatkan dos penggalak kedua, jangan tunggu vaksin bivalen

Read Time:1 Minute, 2 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU : Orang ramai yang telah menerima dos penggalak pertama yang melebihi tempoh enam bulan digesa agar mendapatkan dos penggalak kedua serta tidak menunggu vaksin bivalen.

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata, ini kerana vaksin monovalen sedia ada masih sangat berkesan untuk mengurangkan gejala serius dan kes kematian.

Katanya, ia juga merupakan sebahagian langkah KKM untuk meningkatkan kaedah pembendungan penularan jangkitan COVID-19 dalam negara serta kesiapsiagaan bagi berdepan dengan sebarang kemungkinan peningkatan kes COVID-19.

“KKM amat berharap, peratusan pengambilan dos penggalak akan terus meningkat, terutamanya daripada golongan yang berisiko.

“Ketika ini hanya 49.8 peratus sahaja rakyat Malaysia yang sudah mendapat vaksin dos penggalak pertama dan hanya 1.9 sahaja sahaja yang sudah mengambil vaksin dos penggalak kedua,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dr Zaliha berkata, merujuk kepada maklumat sedia ada, vaksin COVID-19 berkesan bagi memberi perlindungan dari mendapat gejala yang teruk akibat jangkitan virus COVID-19 dan ia sepatutnya mengurangkan kemasukan ke hospital.

“Selain itu, tidak lama lagi vaksin bivalen juga akan dibekalkan kepada Malaysia berikutan kelulusan pendaftaran bersyarat yang diberikan Pihak Berkuasa Kawalan Ubatan baru-baru ini.

“Pengumuman akan dibuat selepas bekalan diterima bersama dengan kriteria kelayakan untuk mendapatkannya,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Mangsa samun ditetak, patah tulang, luka lengan kanan dan kiri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya