Hujan diramal berlaku di timur, utara Sabah selama dua hari

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:44 Second

KOTA KINABALU : Sabah khususnya di kawasan timur dan utara negeri itu diramalkan hujan selama dua hari bermula esok.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan, ini berikutan terdapat penumpuan angin yang dijangka berlaku berdasarkan analisis model-model cuaca.

Turut dijangka akan berlaku hujan di beberapa kawasan di Semenanjung dan Sarawak.

“Keadaan ini berpotensi menghasilkan hujan di kawasan berkenaan dalam tempoh tersebut.

“Pada masa yang sama, ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di pedalaman dan barat Semenanjung serta tengah dan barat Sarawak pada sebelah petang hingga ke malam,” katanya.

Tambah kenyataan itu, amaran angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan berkuat kuasa sehingga 5 Januari 2023.

“Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih,” menurut kenyataan itu lagi. – SABAH MEDIA

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *