HomeUtamaPenerbangan Hong Kong ke Kota Kinabalu disambung semula

Penerbangan Hong Kong ke Kota Kinabalu disambung semula

Read Time:1 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU: Sabah memulakan tahun ini dengan menyambung semula penerbangan pertamanya dari Hong Kong (HKI) ke Kota Kinabalu (BKI) pada hari ini.

Seramai 138 penumpang dari Hong Kong tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) dan disambut secara meriah oleh Lembaga Pelancongan Sabah (STB).

Penerbangan semula laluan HKG-BKI dimulakan oleh syarikat AirAsia yang beroperasi dua kali seminggu iaitu setiap Rabu dan Ahad dengan kapasiti 186 penumpang.

Ketua Pegawai Eksekutif STB Noredah Othman berkata, pihaknya gembira apabila AirAsia telah mengaktifkan semula laluan Hong Kong – Kota Kinabalu seterusnya menambah satu lagi sambungan antarabangsa ke Sabah.

“Hong Kong adalah salah satu pasaran sasaran utama kami, dan ini merupakan permulaan yang baik pada 2023 untuk industri pelancongan kami.

“Sabah dipenuhi dengan pulau dan pantai yang indah, menjadikan kami destinasi pilihan untuk pengembara Hong Kong,” katanya.

AirAsia kini menghubungkan Kota Kinabalu ke lima bandar antarabangsa utama iaitu Singapura, Manila, Bangkok, Taipei dan Hong Kong.

Dengan penyambungan semula laluan Hong Kong – Kota Kinabalu, Sabah kini menerima 64 penerbangan terus antarabangsa mingguan.

Penerbangan terus lain adalah dari Korea Selatan (29), Singapura (14), Filipina (6), Brunei (5), Taiwan (4), Jepun (2) dan Thailand (2).

Sabah akan terus menambah baik akses ke negeri itu dengan menambah bilangan penerbangan antarabangsa dari bandar-bandar asing utama. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Kemenangan Lepu,Manda melengkapkan satu cerita yang manis – Cikgu Sharif

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular