HomeUtamaSeramai 672,624 pengguna SESB terima 2.5 peratus rebat elektrik mulai bulan ini

Seramai 672,624 pengguna SESB terima 2.5 peratus rebat elektrik mulai bulan ini

Read Time:56 Second

BERNAMA

KOTA KINABALU — Seramai 672,624 pengguna Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) akan menerima 2.5 peratus rebat daripada jumlah deposit elektrik yang telah dibayar mereka, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohd Yaakob Jaafar.

Beliau berkata pemulangan rebat berjumlah RM9.1 juta itu akan dikreditkan terus ke dalam akaun bil elektrik pengguna pada bulan ini dan Februari ini melibatkan semua pengguna yang membuat pembayaran deposit secara tunai di seluruh Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Faedah ini seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata pembayaran deposit itu adalah sebagai sekuriti kepada kerosakan atau untuk menjelaskan hutang tertunggak apabila pengguna menamatkan kontrak bekalan selaras dengan peraturan 5(5) Peraturan-Peraturan Bekalan Pemegang Lesen 1990.

Mohd Yaakob berkata penambahan deposit hanya akan dikenakan sekiranya terdapat peningkatan penggunaan elektrik secara purata bagi enam bulan berbanding deposit sedia ada, dan akan disemak setiap enam bulan.

Katanya pengguna boleh menghubungi talian SESB Careline 15454 atau 088-515000 sekiranya  memerlukan penjelasan atau pengguna boleh muat turun aplikasi mySESB melalui telefon bimbit untuk mendapatkan info terkini mengenai perkhidmatan SESB.

RELATED ARTICLES
Utama

Draf Kertas Kabinet Mengenai Pengasingan Kuasa AG Dijangka Siap Pertengahan Tahun...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular