HomeUtamaPembayar cukai perlu manfaatkan MyTax

Pembayar cukai perlu manfaatkan MyTax

Read Time:46 Second

KOTA KINABALU : Semua individu yang layak dikenakan cukai pendapatan adalah digalakkan untuk memanfaatkan sepenuhnya gerbang dalam talian MyTax.

Pengarah Operasi Negeri Sabah, Seksyen Khidmat Pelanggan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia, Mohamad Razli Mohamad Ali berkata, pengisytiharan pendapatan melalui gerbang dalam talian MyTax amat memudahkan urusan pengguna.

Katanya, antaranya ialah melihat tunggakan, lebihan, potongan menerusi e-lejar dan e-kemaskini.

“Semua pembayar cukai yang layak dikenakan cukai perlu menghantar borang penyata cukai pendapatan mulai 1 Mac ini dan boleh mengakses sistem e-Filing melalui portal LHDN, MyTax ataupun platform ezHASiL,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Pengarah Penerangan Sabah, Jainisah Mohd Noor, di Kompleks Kementerian Komunikasi dan Digital di sini.

Mohamad Razli berkata, para pembayar cukai juga diingatkan agar menyimpan setiap dokumen percukaian sekurang-kurangnya untuk tempoh tujuh tahun bukan sahaja bagi membantu urusan LHDN, sebaliknya memberikan peluang kepada para pembayar cukai meneliti dengan merujuk semula laporan cukai masing-masing.

RELATED ARTICLES
Utama

Pam rosak, paip pecah punca gangguan air di Putatan dan sekitar...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular