HomeUtamaKerajaan galak pekebun kecil sawit tubuh KPSM

Kerajaan galak pekebun kecil sawit tubuh KPSM

Read Time:1 Minute, 11 Second

BEAUFORT : Kerajaan menggalakkan pekebun kecil sawit di negara ini untuk menubuhkan Koperasi Penanam Sawit Mampan (KPSM).

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Aminah Aching berkata, tujuan penubuhan KPSM itu adalah untuk membantu pekebun kecil menjalankan aktiviti ekonomi melalui Amalan Pertanian Baik (GAP).

Katanya, selain itu juga ianya dapat melaksanakan jualan buah sawit secara berkelompok terus ke kilang.

“Sehingga Januari 2023, sebanyak 69 buah KPSM telah ditubuhkan di seluruh negara dengan 27 daripadanya beroperasi di Sabah.

“Jumlah keahlian bagi KPSM di Sabah adalah seramai 2,537 orang peserta. Saya dimaklumkan bahawa keahlian KPSM Beaufort Sabah Berhad sehingga hari ini adalah seramai 27 orang.

“Justeru, saya menggesa lebih ramai pekebun kecil di daerah Beaufort ini untuk menyertai KPSM,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pusat Timbang KPSM Beaufort Sabah Berhad di sini semalam.

Aminah yang juga Ahli Parlimen Beaufort berkata, sebanyak 69 buah Pusat Timbang KPSM telah siap dibina sepenuhnya di seluruh Malaysia sehingga hujung bulan Januari 2023.

Katanya, pusat timbang itu telah melaksanakan jumlah jualan buah tandan segar (BTS) mencecah 437,157.16 tan.

“Purata jualan bagi satu pusat timbang adalah sebanyak 535 tan sebulan. Secara amnya, hampir 7,943 orang pekebun kecil sawit mendapat manfaat dari kewujudan KPSM ini apabila pesaing-pesaing juga telah meningkatkan tawaran harga kepada pekebun kecil setara dengan tawaran harga KPSM.

“Kerajaan melalui Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) memperuntukkan RM200,000 kepada KPSM bagi pembinaan Pusat Timbang,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan curi kabel punca gangguan bekalan di Kinarut

Mahkamah Kota Kinabalu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular