KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan hormat Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) yang baharu Dr Rose Nani Mudin di pejabatnya di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) disini hari ini.
Rose Nani merupakan anak jati Sabah yang berasal dari Papar akan memulakan tugas sebagai Pengarah JKNS berkuatkuasa pada 13 Julai bagi menggantikan Datuk Dr Christina Rundi.
Beliau yang juga merupakan seorang pakar Perunding Perubatan Kesihatan Awam yang berpengalaman luas di dalam bidang kesihatan awam dan klinikal.
Selain itu, Rose Nani juga mempunyai kepakaran di dalam bidang epidemiologi dan penyakit bawaan vektor selain pernah bertugas sebagai Ketua Sektor Penyakit Bawaan Vektor, Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).