HomeIsu tempatanKanak-kanak 3 tahun ditemukan maut

Kanak-kanak 3 tahun ditemukan maut

Read Time:1 Minute, 0 Second

Lahad Datu : Polis menahan seorang lelaki warga asing berusia 30-an yang disyaki terlibat dalam kes kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang ditemukan maut di Kampung Panji, Lahad Datu di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Lahad Datu Superintenden Azmir Abdul Razak berkata, siasatan mendapati individu berkenaan adalah yang terakhir dilihat bersama kanak-kanak itu.

Katanya, pemeriksaan lanjut turut mendapati suspek yang positif dadah dipercayai kurang siuman.

“Mayat kanak-kanak itu ditemukan ibunya di kawasan semak di kampung berkenaan pada jam 3 petang, kira-kira tiga jam selepas kanak-kanak berkenaan keluar daripada rumah untuk bermain.

“Turut ditahan, ibu bapa kanak-kanak berkenaan yang merupakan warga asing berumur berumur 20an dan 30an bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pada Sabtu, polis mengesahkan menerima panggilan kecemasan dari orang awam dan setibanya polis di tempat kejadian menemukan mayat kanak-kanak itu dalam keadaan tangan terikat, dan kepala tersepit di antara dua pokok.

Kepala mangsa dipercayai dicederakan dengan menggunakan benda tajam, selain terdapat kesan torehan di kedua-dua belah tangan dan kaki kiri.

Kes disiasat mengikut seksyen 302 kanun keseksaan.Polis turut menasihatkan orang ramai supaya tidak menularkan maklumat dari sumber tidak sahih mengenai kes yang masih disiasat.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

1,500 pengunjung meriahkan sambutan raya Pusat Alumni UMS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya