HomeUtamaJKNS Laksana Strategi Baharu Dalam Pelaksanaan Pemberian Vaksin

JKNS Laksana Strategi Baharu Dalam Pelaksanaan Pemberian Vaksin

Read Time:49 Second

KOTA KINABALU : Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) akan melaksanakan strategi baharu dalam pelaksanaan pemberian vaksin kepada semua penerima di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) seluruh Sabah.

Pengarah JKNS Dr Rose Nani Mudin berkata, strategi itu adalah mempermudah dan mempercepatkan proses semasa pemberian vaksin bagi meningkatkan jumlah pemberian kepada dua kali ganda berbanding sedia ada sebelum ini.

“Saya telah mengadakan perbincangan bersama Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) negeri dimana kita akan membuat strategi terutama di PPV, dengan perubahan strategi ini kita berupaya untuk menganda dua kali ganda pemberian vaksin di semua PPV di Sabah.

“Cuma kita sedang menunggu kedatangan vaksin yang akan dihantar ke Sabah seperti yang dijadualkan,” katanya kepada media disini kelmarin.

Dr Rose Nani berkata, pemberian vaksin merupakan jalan terbaik bagi membendung penularan COVID-19.

Katanya, pihaknya juga telah bersedia untuk melaksanakan pemberian vaksin secara maksimum terhadap penduduk termasuk di kawasan luar bandar.

Dr Rose Nani dilantik sebagai Pengarah JKNS yang baharu pada 13 Julai lalu menggantikan Datuk Dr Christina Rundi.

RELATED ARTICLES
Utama

22 rumah musnah dalam kebakaran di Batu 3 Sandakan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya