HomeUtamaYahya Hussin dilantik YDP MUIS yang baharu

Yahya Hussin dilantik YDP MUIS yang baharu

Read Time:50 Second

KOTA KINABALU: Mantan Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Yahya Hussin dilantik sebagai Yang Di-Pertua (YDP) Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) yang baharu.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan watikah pelantikan kepada Yahya di pejabatnya di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS), hari ini.

Yahya, 71, merupakan mantan MenteriPertanian dan Industri Makanan Sabah danmantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas. Beliau menggantikan Datuk Seri Dr Hasbullah Mohd Taha.

Sementara pendakwah bebas dan mantan pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Ustaz Malai Ali Malai Ahmad, 57, dilantik sebagai Timbalan YDP MUIS, menggantikan Datuk Matussin Awang Damit

Dalam pada itu, Hajiji turut menyerahkan watikah pelantikan Timbalan Pengerusi Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah yang baharu kepada Ustaz Ag Syairin Ag Bakar, 60.

Manakala Ag Syairin merupakan mantan pegawai kanan MUIS dan JHEAINS, menggantikan Abdul Rahman Md Yacob.

Turut hadir dalam majlis itu, Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif,Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr Safar Untong dan Setiausaha Tugas-Tugas Khas, Sapdin Ibrahim.

RELATED ARTICLES
Mahkamah Kota Kinabalu
Utama

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Tangguh Kes Berkaitan Akta Laut Wilayah Hingga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular