HomeUtamaKejadian pembekuan puncak Gunung Kinabalu

Kejadian pembekuan puncak Gunung Kinabalu

Read Time:40 Second

RANAU: Kawasan puncak Gunung Kinabalu sekali lagi dilanda kejadian cuaca yang sangat sejuk sehingga ke paras beku.

Menurut kenyataan Taman-Taman Sabah menerusi laman Facebook rasminya semalam melaporkan kejadian pembekuan berlaku daripada kawasan kompleks Sub Stesen Panalaban, Taman Kinabalu sehingga kawasan Puncak Gunung Kinabalu.

Kejadian pembekuan di kawasan puncak Gunung Kinabalu. – Foto ihsan Facebook Taman-Taman Sabah

Menurutnya, suhu mencatatkan -3 sehingga – 5 darjah celsius dengan kelembapan sebanyak 17 peratus pada jam 2.30 pagi hingga 7.00 pagi pada Jumaat.

“Permukaan batuan granit licin disebabkan pembekuan ais. Semoga para pendaki sentiasa berhati-hati sepanjang melakukan aktiviti pendakian dan turun.

“Setakat ini aktiviti pendakian adalah lancar dan terkawal. Tiada kes kecemasan atau kemalangan yang dilaporkan dan berlaku.

“Kes sindrom akut gunung (AMS) juga mudah berlaku dalam keadaan cuaca yang agak sejuk,” kata kenyataan itu.

RELATED ARTICLES
Utama

22 rumah musnah dalam kebakaran di Batu 3 Sandakan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya