BERINGGIS: Seramai 50 orang penghuni di Rumah Kanak-Kanak Kota Kinabalu, Beringgis, Papar menerima sumbangan daripada Wanita Gagasan Rakyat Sabah (GRS) hari ini.
Rombongan Wanita GRS itu diketuai oleh Ketua Pergerakannya, Datuk Redonah Bahanda.
Menurut Redonah lawatan itu untuk beramah mesra selain mengeratkan hubungan silaturrahim antara Wanita GRS bersama dengan kanak-kanak serta petugas.
Redonah menyampaikan sumbangan berupa makanan keperluan asas.
Beliau berkata, sumbangan tersebut di harap dapat memupuk budaya bersedekah di kalangan masyarakat sekaligus menceriakan kanak-kanak berkenaan.
Hadir sama Pengetua Rumah Kanak-Kanak Kota Kinabalu, Murni Junaha,Timbalan Pengetua Inwati Musa, Naib Ketua Wanita GRS Aziah Atoh, Penolong Setiausaha GRS, Fahzean Mohiddin, Penolong Bendahari Wanita GRS Datuk Jamaliah Antalip, Ketua Wanita GRS Dun Api Api, Salmi Sarinoh, Ketua Wanita GRS Lumadan, Datuk Surinam Sadikun serta ahli jawatankuasa Wanita GRS Kawang dan Wanita GRS Fun Pantai Manis.
Sementara itu Redorah turut menziarah golongan warga emas yang uzur di Beringgis.