HomeUtamaKPM beri cuti khas Aidilfitri 19 April

KPM beri cuti khas Aidilfitri 19 April

Read Time:49 Second

Putrajaya : Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini mengumumkan cuti khas pada 19 April sebagai cuti tambahan sekolah sempena Aidilfitri. 

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, cuti itu adalah bagi memudahkan urusan guru, murid serta ibu bapa untuk pulang ke kampung masing-masing selain membuat persiapan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.

“KPM bersetuju untuk memberikan cuti tambahan pada 19 April ini atau Rabu untuk negeri di kumpulan A dan B,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Ikrar Bebas Rasuah KPM di sini, hari ini.

Berdasarkan takwim KPM, sesi persekolahan sempena Aidilfitri sebelum ini ditetapkan bermula 20 April hingga 1 Mei ini.

Sebelum ini, Presiden Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Dalam Perkhidmatan Pelajaran Malaysia, Jasni Md Kechik berkata, terdapat keperluan untuk KPM mengkaji semula hari permulaan cuti sekolah sempena Aidilfitri sekiranya perayaan itu jatuh pada 21 April ini.

Perkara itu juga katanya, berdasarkan kepada pandangan ibu bapa yang mahu anjakan tarikh baharu bagi memudahkan rancangan perjalanan selain memastikan keselamatan warga guru dan pelajar terjamin.

RELATED ARTICLES
Utama

Nahas Helikopter TLDM : DUN Sabah bertafakur seminit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya