HomeUtamaKerajaan Sabah Akan Tangani Masalah Komunikasi Digital, Memahami Cabaran Guru Laksana PdPR

Kerajaan Sabah Akan Tangani Masalah Komunikasi Digital, Memahami Cabaran Guru Laksana PdPR

Read Time:1 Minute, 38 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri akan menaiktaraf lebih 2,000 menara telekomunikasi dan membina 400 lagi menara baharu di bawah rancangan Jalinan Digital Negara (JENDELA) bagi menangani masalah komunikasi digital di Sabah.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) ketika pandemik COVID-19 menjadikan guru lebih sukar untuk menjalankan tugas dan tidak lagi terhad di bilik darjah.

“Pandemik ini telah mengubah cara penyampaian dan pengajaran kepada murid secara drastik.

“Kini pengajaran dan pembelajaran tidak lagi dilakukan secara bersemuka seperti dulu sebaliknya platform pembelajaran digital telah menjadi kaedah pengajaran yang dominan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap secara maya sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Sabah disini pagi tadi.

Hajiji berkata, penggunaan aplikasi seperti Google Classroom dan Zoom selain aplikasi WhatsApp dan Telegram telah digunakan sebagai medium bagi menjalankan pengajaran dalam talian khususnya ketika PdPR.

Katanya, kerajaan memahami cabaran yang dihadapi oleh guru dalam melakukan kelas dalam talian.

“Faktor geografi negeri ini selain cabaran mendapatkan akses internet yang lebih baik selain kreativiti guru dalam memastikan pelajaran sampai kepada semua murid khususnya yang tidak mempunyai akses internet amat dihargai.

“Saya sedar ada guru yang terpaksa berjalan kaki sejauh berkilometer untuk menyampaikan bahan pembelajaran kepada pelajar mereka sementara sekolah juga melaksanakan pelbagai cara untuk memastikan anak-anak sekolah tidak ketinggalan dari pelajaran mereka. Untuk ini saya mengucapkan terima kasih anda,” katanya.

Katanya, kerajaan akan sentiasa menghargai dan menyokong usaha untuk meningkatkan profesion keguruan.

“Saya menyeru rakyat Sabah untuk terus menghormati guru kerana di era siber ini kita sering mendengar banyak serangan tidak berasas terhadap profesion perguruan. Walaupun sebenarnya, sukar bagi kita untuk membayar balik sumbangan guru,” katanya.

Hajiji berkata, kerajaan akan memberi jaminan untuk terus mengawasi pembangunan pendidikan di Sabah melalui agensi yang berkaitan dan menyokong semua inisiatif yang telah dirancang untuk meningkatkan pencapaian akademik negeri.

Anugerah Kepimpinan Pendidikan tahun ini diberikan kepada bekas Pengarah Pelajaran Negeri Sabah , Datuk Maimunah Suhaibul manakala penghargaan Tokoh Guru dianugerahkan kepada Dr Shirley Tay Siew Hong.

RELATED ARTICLES
Utama

Tambah baik Jejantas Petagas bakal tingkat keselamatan penduduk – Shahelmey

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular