HomeUtamaHati-hati semasa merayakan Aidilfitri, elak jangkitan Covid-19 - Dr. Joachim

Hati-hati semasa merayakan Aidilfitri, elak jangkitan Covid-19 – Dr. Joachim

Read Time:1 Minute, 9 Second

KUNDASANG: Orang ramai terutama yang merayakan Hari Raya Aidilfitri tahun ini dinasihatkan agar terus mengambil langkah selamat bagi mengelakkan jangkitan Covid-19.

Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Penyelaras Pengurusan Covid-19 Sabah, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam berkata,
walaupun pada tahun ini rakyat di Sabah berpeluang merayakan Aidilfitri dengan keluarga dan sanak saudara secara bebas tanpa sebarang sekatan, namun negeri ini belum pulih sepenuhnya dari Covid-19.

“Kita bersyukur kerana kita dapat meraikan Hari Raya ini dengan aman damai kerana kita saling memahami dan menghormati satu sama lain. Keluarga di Sabah tidak pernah dipisahkan dengan perbezaan agama atau etnik malah disatukan dengan toleransi dan persefahaman yang tinggi antara kaum dan agama.

“Bagi yang balik ke kampung halaman, memandu lah dengan cermat dan bertanggungjawab agar kita selamat pulang dan selamat kembali ke rumah masing-masing,” katanya pada Program Pengedaran Bubur Lambuk anjuran Parti Bersatu Sabah (PBS) Bahagian Kundasang dengan kerjasama Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kundasang, di sini hari ini.

Bubur lambuk tersebut disumbangkan oleh Dr. Joachim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang.

Dr. Joachim turut serta dalam mengedarkan bubur lambuk tersebut di sekitar pekan yang bermula pada 4 petang.

Selain bubur lambuk, edaran kurma turut diagihkan kepada penduduk sekitar.

Beliau yang juga Timbalan Presiden PBS mengucapkan terima kasih kepada kakitangan UPPM Kundasang, Induk, Pemuda dan Wanita (IPW) PBS atas komitmen dan penglibatan dalam menjayakan program ini.

RELATED ARTICLES
Utama

China kekal sebagai rakan perniagaan penting Sabah

Mahkamah Kota Kinabalu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular