HomeIsu tempatanMDNS hulur bantuan mangsa kebakaran Jalan Saga Likas

MDNS hulur bantuan mangsa kebakaran Jalan Saga Likas

Read Time:1 Minute, 25 Second

KOTA KINABALU: Ketika rakyat Malaysia menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri, malangnya kebakaran berlaku di Jalan Saga Likas pada Rabu memusnahkan 15 rumah dan menyebabkan 17 keluarga kehilangan tempat tinggal.

Berasa simpati dan prihatin terhadap mangsa kebakaran, Majlis Datuk Datuk Negeri Sabah (MDNS) tampil menghulurkan bantuan.

Presidennya, Datuk Claudius Roman
bersama Jawatankuasa Eksekutifnya, Naib Presiden Datuk Awang Sham dan Datuk Verus Sham, Setiausaha Agung Datuk Katherine Lee, Bendahari Agung Datuk Ir. Wilis Ansoi, Penolong Bendahari Agung Datuk Abdul Kadir M.E.Sikanddar, ahli jawatankuasa Datuk Flora Evaritus, Datuk William Majimbon dan Datuk Aloysius Mojibin melawat mangsa sambil menyerahkan sumbangan kepada mereka pada Sabtu.

Sumbangan yang disampaikan berupa barang keperluan seperti makanan, susu, pakaian, selipar, tisu, sabun, tuala, berus gigi, ubat gigi, ubat-ubatan dan keperluan lain kepada setiap keluarga mangsa yang terlibat.

Seramai 118 mangsa termasuk bayi dan warga emas ditempatkan di Dewan Serbaguna Kampung Likas.

Claudius berkata, di mana terdapat keperluan, MDNS akan tampil menghulurkan bantuan dan menyokong mangsa bagi mengurangkan kesakitan dan kehilangan yang ditanggung serta membantu menjadikan hari esok yang lebih baik untuk mereka.

“Perbuatan kasih sayang dan ambil peduli akan sentiasa memberi perubahan kepada mereka yang ditimpa musibah kerana mereka memerlukan rakan dan bantuan pada masa yang sukar itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Ahli Parlimen Sepangar Mustapha Sakmud yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia di Jabatan Perdana Menteri turut hadir menyokong sumbangan MDNS bersama sumbangan makanan dan pakaian daripada BTC Group Berhad, diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Abdul Kadir M.E. Sikanddar.

Dalam pada itu, Claudius juga berharap penempatan alternatif yang sesuai untuk mangsa akan ditemui tidak lama lagi dan lebih banyak organisasi akan membantu kerajaan menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa bagi membantu mengurangkan kerugian mereka.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

83 sertai seminar pendidikan pelajar pekak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular