HomeUtamaKertas Putih Kesihatan perlu mempunyai formula atasi cabaran perkhidmatan kesihatan di Sabah

Kertas Putih Kesihatan perlu mempunyai formula atasi cabaran perkhidmatan kesihatan di Sabah

Read Time:1 Minute, 21 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Kekurangan sumber manusia selain fasiliti kesihatan dan perubatan yang usang menjadi antara faktor yang mengugat kepada penyampaian perkhidmatan kesihatan di negeri ini.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) Datuk Dr Rose Nani Mudin berkata, selain itu, faktor lain adalah peruntukan kewangan yang tidak mencukupi, peningkatan beban penyakit serta isu kesihatan melibatkan golongan bukan warga negara.

Katanya, dengan kepadatan penduduk seramai 3.4 juta menerusi Banci Malaysia pada 2020, Sabah juga mempunyai keluasan lebih 50 peratus daripada keluasan Semenanjung Malaysia.

“Geografi Sabah sangat unik dimana terdapat gunung ganang, hutan selain mempunyai lebih dari 390 pulau diseluruh Sabah serta mempunyai persempadanan aktif pergerakan manusia dengan negara jiran Filipina dan Indonesia.

“Kesemua faktor ini menjadi cabaran semasa penyampaian perkhidmatan kesihatan.  Oleh yang demikian, Kertas Putih Kesihatan untuk negeri Sabah mestilah mempunyai mekanisma atau formula yang dapat mengatasi cabaran-cabaran ini.

“Sudah tentu ianya akan dapat mencapai perkhidmatan kesihatan yang lebih adil dan saksama, berkualiti tinggi, mudah dicapai dengan kos berpatutan dan mampan untuk jangka masa panjang bagi memenuhi keperluan kesihatan rakyat Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena sesi libat urus Kertas Putih Kesihatan Zon Sabah Bersama Menteri Kesihatan.

Katanya, sesi libat urus itu dapat memberi peluang kepada semua Kementerian dan agensi menyuarakan pandangan dan idea mereka.

Menurutnya, ia adalah kearah perkhidmatan kesihatan yang komprehsif untuk diberikan kepada semua lapisan masyarakat pada masa akan datang.

Dalam pada itu, Dr Rose Nani berkata, Kerajaan Sabah telah memberi bantuan dan sokongan kepada JKNS dengan memperuntukan tanah sebanyak 10 ekar untuk pembinaan Wisma Kesihatan Negeri Sabah dan 15 ekar untuk pembinaan Institut Jantung Sabah. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Letusan Gunung Ruang: MET Malaysia keluar Amaran Cuaca Penerbangan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya