HomeUtamaKetepikan perbezaan politik, erat hubungan silaturrahim dimusim perayaan

Ketepikan perbezaan politik, erat hubungan silaturrahim dimusim perayaan

Read Time:1 Minute, 20 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Ranau : Penganjuran majlis rumah terbuka pada musim perayaan merupakan satu peluang untuk masyarakat merapatkan hubungan antara satu sama lain selain mengetepikan fahaman politik.

Menteri Kewangan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, majlis yang diadakan juga bukan untuk mempamerkan kekuatan politik yang ada.

“Kita lihat mereka yang datang pada hari ini terdiri dari pelbagai anutan agama, suku dan juga politik dan ini penting dimana salah satu keunikan di Ranau ini ialah kita tidak menganggap politik ini sebagai penghalang kepada persahabatan.

“Ia dapat dipamerkan pada hari ini dimana yang datang dari pelbagai keahlian parti, mereka yang bergiat dalam politik tapi dalam masa sama juga mereka yang datang dari pelbagai peringkat termasuk penjawat awam, penduduk kampung dan sebagainya,” katanya.

Masidi berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri beliau di Dewan Masyarakat Ranau di sini pagi tadi.

Turut hadir pada majlis itu Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam dan Ahli Parlimen Ranau Datuk Jonathan Yasin.

Masidi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karanaan turut bersyukur apabila pelaksanaan majlis rumah terbuka itu dapat diadakan selepas beberapa tahun berdepan dengan pandemik COVID-19.

“Saya amat bersykur kerana pada hari ini kita berkesempatan untuk bertemu semua secara bersemuka khususnya penduduk Ranau dan juga sahabat handai yang datang dari daerah ini dan juga daerah lain.

“Acara seperti inilah dapat membantu kita untuk merapatkan lagi silaturrahim antara satu dengan lain dan ini juga dapat melunturkan jurang perbezaan atas status sosial dikalangan penduduk,”katanya.

Pada majlis itu, dianggarkan lebih 3,000 pengunjung dari pelbagai lapisan masyarakat hadir memeriahkan majlis rumah terbuka itu. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Pantau projek pemasangan menara telekomunikasi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular