HomeUtamaJauteh sah sebagai Pesuruhjaya Polis Sabah yang baharu

Jauteh sah sebagai Pesuruhjaya Polis Sabah yang baharu

Read Time:1 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU: Datuk Jauteh Dikun kini sah sebagai Pesuruhjaya Polis Sabah yang baharu berkuat kuasa pada hari ini (2 Mei).

Jauteh, 57, sebelum ini mengambil alih jawatan pemangku ketua polis Sabah daripada Datuk Idris Abdullah, bekas pesuruhjaya polis negeri, yang bersara 31 Mac lalu.

Jauteh juga dinaikkan ke pangkat Pesuruhjaya Polis Sabah yang sebelum ini memegang jawatan Timbalan Pesuruhjaya Polis.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani menyempurnakan Majlis pemakaian pangkat dan serah terima tugas antara Jauteh dan Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah DCP Shahurinain Jais di Dewan Auditorium Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, di sini hari ini.

Acryl Sani berkata, pengalaman Jauteh dalam bidang kepolisan diyakini akan dapat memastikan tahap keselamatan serta ketenteraman di Sabah terus terpelihara dan terkawal dengan baik, sekali gus mendorong kepada perkembangan kegiatan ekonomi lebih pantas.

“Sabah adalah negeri yang penuh dengan daya tarikan kepada pelancong bukan sahaja dari dalam negeri bahkan luar negara.

“Sebagai antara negeri destinasi pelancongan utama, pihak polis sangat menitikberatkan tahap keselamatan di Sabah, baik dari segi keselamatan berkaitan ancaman jenayah atau ancaman daripada aktiviti yang boleh mendatangkan kegusaran orang ramai,” katanya.

Beliau juga yakin pengalaman dimiliki Shahurinain akan dapat membantu Jauteh dalam mentadbir serta mengendalikan urusan kepolisan di Sabah.

RELATED ARTICLES
Utama

Tandas bersih kriteria utama perbaharui lesen perniagaan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular