HomeUtamaProgram Knowledge Camp @ Sabah Museum tarik minat ramai pelancong berkunjung ke...

Program Knowledge Camp @ Sabah Museum tarik minat ramai pelancong berkunjung ke muzium

Read Time:1 Minute, 37 Second

KOTA KINABALU: Program Knowledge Camp @ Sabah Museum dilihat sebagai salah satu inisiatif yang sangat baik untuk menarik minat masyarakat dan pelancong berkunjung ke Muzium Sabah, kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan Dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew.

Christina berkata, pada tahun 2023, Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah telah mensasarkan lebih ramai kunjungan pelancong domestik dan antarabangsa daripada dalam dan luar negara untuk melancong ke Negeri Sabah.

“Justeru itu, pelbagai program telah dirancang dan dilaksanakan sebagai salah satu inisiatif untuk menarik minat lebih ramai pelancong ke Negeri Sabah.

“Program Knowledge Camp @ Sabah Museum anjuran Jabatan Muzium Sabah ini dilihat sebagai salah satu inisiatif yang sangat baik untuk menarik minat masyarakat dan pelancong berkunjung ke Muzium Sabah,” katanya semasa berucap pada Majlis Perasmian Program Knowledge Camp @ Sabah Museum Sempena Sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Negeri Sabah 2023 bertempat di Kompleks Muzium Sabah pada Khamis (18 Mei).

Program yang bertemakan “Empowering Knowledge For Culture & Nature” itu mensasarkan penglibatan daripada institusi pengajian tinggi dan orang awam serta pelancong domestik dan antarabangsa selain memberi peluang kepada pengunjung untuk merasai pengalaman bermalam di muzium.

Sepanjang program ini, turut diisi dengan pelbagai aktiviti yang menarik seperti demontrasi kraftangan, muzik tradisional, makanan tradisional, demonstrasi kerja-kerja permuziuman dan banyak lagi aktiviti menarik.

Sehubungan dengan itu, menerusi program ini, Christina berharap ia dapat membangkitkan semangat cinta dan kesedaran pada budaya warisan dan alam semulajadi dan juga tentang kepentingan muzium dalam mengekalkan keunikan dan kelestarian warisan kebudayaan di negeri sabah.

“Selaras dengan visi jabatan, iaitu menjadi sebuah institusi muzium yang terkemuka dalam pemeliharaan warisan Negeri Sabah.

“Saya percaya, program seperti ini mampu mempromosikan negeri sabah yang kaya dengan keunikan warisan kebudayaan dan tradisi kepada orang ramai terutama di kalangan pelancong luar negara,” ujarnya.

Majlis turut dihadiri Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan Dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Sr. Mohd Yusrie Abdullah, Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Pelancongan, Kebudayaan Dan Alam Sekitar Sabah, Mary Malangking dan Pengarah Jabatan Muzium Sabah, Arif Abd. Hamid.

RELATED ARTICLES
Utama

Bidang pendidikan, modal insan keutamaan kerajaan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular